Tan Sri Rais Yatim bersama sebahagian anggota Majlis Profesor Negara yang dibubarkan baru-baru ini. foto Twitterr @DrRaisYatim
Tan Sri Dr Rais Yatim bersama sebahagian anggota Majlis Profesor Negara yang dibubarkan baru-baru ini. foto Twitterr @DrRaisYatim

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Rais Yatim akan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kewajaran keputusan membubarkan Majlis Profesor Negara (MPM) baru-baru ini dikaji semula.

Bekas menteri itu berkata, majlis tersebut yang terdiri daripada kumpulan 14 tenaga selidik dan 2,900 ahli seluruh negara menggunakan dana yang kecil tetapi penyelidikannya bernilai tinggi.

Katanya, MPN juga masih merupakan pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan dan beliau bersama anggota majlis akan bertemu Dr Mahathir bagi membincangkan isu tersebut.

Rais berkata demikian di laman Twitternya.

Dr. Mahathir baru-baru ini mengumumkan pembubaran beberapa agensi kerajaan termasuk MPN yang ditubuhkan empat tahun lalu bagi menggerakkan kepakaran tenaga akademik dlaam usaha kerajaan membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast