Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi pada sidang media khas di Bilik Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 03 JUN 2018.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi pada sidang media khas di Bilik Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 03 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti akan datang. 

Beliau ketika mengesahkan mahu menawarkan diri dalam pertandingan yang dijangka bermula 30 Jun ini memberi jaminan tidak akan menjadi pemimpin ‘Yes Man’ dan akan bekerja keras dalam memastikan semangat dalam UMNO berjaya disemarakkan semula. 

“Saya janji akan turun padang untuk membangkitkan semula obor perjuangan UMNO saya janji saya tidak akan jadi ‘Yes Man’ tidak akan jadi pengampu, saya orangnya mempunyai prinsip saya akan bercakap lantang dan berterus terang mewakili UMNO,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Beliau dalam masa sama menyuarakan kekesalannya dengan tindakan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO bersubahat dengan Pakatan Harapan yang menjadi punca kajatuhan parti itu. 

“Kekesalan kita hari ini yang kenyebabkan kita menghadapi kekalahan pemimpin UMNO sendiri  yang membuka pintu kepada musuh-musuh politik,” tambah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu.

Tajuddin dalam masa yang sama mendedahkan beliau pernah menyuarakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik namun suaranya sebagai Ahli MT memberi kesan besar. 

Kata beliau, jika UMNO bersedia bekerja keras maka tidak mustahil parti itu mampu kembali menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya akan datang apabila Analisis Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menunjukkan sokongan kaum Melayu mencecah 45 peratus.

“Tidak ada sesiapa boleh jatuhkan UMNO, UMNO boleh hidup kembali.

“Kita bertekad dalam pilihan raya akan datang kita (UMNO) akan kembali menjadi parti pemerintah kalau kita bersedia buat persediaan dari sekarang,” ujarnya.

Setakat ini pesaing Tajuddin adalah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas Menteri di Jabatan Perana Menteri, Tan Sri Shahidan Kassim dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast