Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengambil serius akan dakwaan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berlakunya kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai kanan tentera seperti yang disiarkan media.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kementerian melalui Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengarahkan supaya satu siasatan dijalankan oleh Cawangan Provos Marsyal, Markas ATM, Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) menyiasat kesahihan dakwaan itu.

“Sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam isu sama, selaku Pengerusi Majlis Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memberi jaminan bahawa setiap mesyuarat MAT yang dilaksanakan akan menitikberatkan pemeliharaan yang tinggi terhadap aspek kerahsian serta segala perkara yang dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

“Saya difahamkan bahawa perihal menjaga kerahsiaan ini telah diamalkan sejak MAT ditubuhkan lagi.

“Selain itu, pihak kementerian juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketirisan dan kebocoran maklumat sulit, sekiranya ada,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast