Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah masih terasa hati serta merajuk dengan kritikan daripada pembangkang khasnya Pas berikutan kenyataan ‘menghina’ beliau beberapa hari lepas di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR- Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan membebankan mana-mana pihak kerana suami tidak mengalami sebarang pengurangan gaji bersih yang dibawa pulang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berpendapat, skim itu bakal mewujudkan hubungan ekonomi yang lebih saksama di antara suami dan isteri yang tidak bekerja.

Ia juga akan menguatkan institusi kekeluargaan dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang baharu.

“Kementerian Kewangan menyokong penuh inisiatif untuk memperkenalkan Skim KWSP untuk suri rumah.

“Polisi ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan untuk meningkatkan tahap keselamatan sosial di kalangan suri rumah yang bergantung kepada suami untuk menyara hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, skim yang dijangka bermula pada tahun ini secara sukarela akan melibatkan permindahan dua peratus daripada caruman KWSP suami yang sedia ada kepada akaun KWSP suri rumah.

Tambahan sebanyak 15 peratus daripada jumlah caruman di bawah skim itu disumbangkan oleh kerajaan kepada semua peserta skim tertakluk kepada had RM250 setahun.

Tambah beliau, KWSP juga mempunyai satu skim simpanan persaraan sukarela bagi mereka yang bekerja sendiri dan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pada 2017, KWSP mendapati RM525 juta telah dicarum oleh 90,599 pencarum skim ini yang antaranya suri rumah.

“Saya difahamkan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bersama pihak KWSP akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri pada masa terdekat.

Dokumen ini akan memperincikan lagi struktur Skim KWSP untuk suri rumah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette