Pemilik Chelsea, Roman Abramovich.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

LONDON – Roman Abramovich menolak tawaran Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Multinational Petrokimia Ineos, Jim Ratchliffe untuk membeli kelab Chelsea.

Ratchliffe merupakan individu terkaya di Britain dan berminat untuk mengambilalih kelab yang dimiliki oleh bos dari Rusia itu sejak 15 tahun dulu.

Menurut laporan Daily Mail, masa depan The Blues kini tidak menentu selepas Abramovich berdepan dengan masalah visa di United Kingdom.

Ini menyebabkan dia terlepas menyaksikan kejayaan Chelsea merangkul Piala FA dengan menang ke atas Manchester United bulan lalu.

Masalah pembaharuan visa miliknya itu dilaporkan ada kaitan dengan hubungan buruk UK-Rusia sehingga Abramovich memohon menjadi warganegara Israel yang diperolehi bulan lepas.

Pemilik pasport Israel boleh memasuki Britain tanpa menggunaka visa untuk tempoh pendek walaupun ia memerlukannya untuk tujuan bekerja.

Abramovich dilaporkan masih menyayangi kelab ini yang dianggarkan bernilai 1 bilion pound.

Manakala Ratcliffe, 65, yang merupakan pemegang tiket bermusim Chelsea adalah individu terkaya di Britain dengan memiliki kekayaan  21.05 bilion pound berbanding Abramovich 9.3 bilion pound.

Tahun lalu, Ineos membeli kelab Switzerland, FC Lausanne-Sport yang berpengkalan hamir dengan pejabatnya di Rolle.

Sebelum ini, Ratcliffe yang membesar di Manchester tidak pernah dikaitkan pembelian kelab bola sepak Inggeris. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast