Akhbar Satar
Akhbar Satar

KUALA LUMPUR – Transparency International-Malaysia (TI-M) mahu kerajaan mengkaji semula hukuman terhadap pesalah rasuah bagi mengelakkan amalan itu berterusan berlaku.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar mengesyorkan kesalahan rasuah wajar dikenakan hukuman berat termasuk penalti lebih tinggi kerana ancaman rasuah juga cukup besar.

Peruntukan hukuman sedia ada tidak cukup berat dan penalti dikenakan juga tidak memberi kesan terhadap pesalah.

“Kajian perlu dilakukan untuk pengajaran kerana ancaman rasuah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, meskipun pindaan dan penambahbaikan terhadap Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat, akta itu perlu diperkukuhkan supaya undang-undang itu digeruni semua pihak.

Akta SPRM sedia ada memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi. – MalaysiaGazette