KUALA LUMPUR – Pada masa kini, para wanita muslim disajikan pelabagai jenis tudung dengan corak yang pelbagai.

Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan wanita Islam perlu elak memilih corak tudung dreamcatcher  yang merupakan alat kepercayaan kuno penduduk asli Amerika dan  kini menjadi trend.

Kata beliau, Islam melarang mana-mana pakaian yang menyerupai orang kafir.

Jelasnya lagi, sebahagian pendapat Mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur Mazhab Syafie menyatakan bahawa menyerupai pakaian menjadi syiar orang kafir hukumnya kafir.

“Begitu juga orang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, ia dihukumkan kafir kecuali jika memakainya sebagai helah dalam peperangan, ia tidak dihukumkan kafir,” tulisnya di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

alt MGF05052017_MUFTI WILAYAH_01 (1)
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, sesetengah ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie mengatakan, sesiapa mengenakan pakaian khas orang kafir, tidak jatuh kafir kecuali jika ia beriktikad dengan iktikad kufur itu.

Manakala, Mazhab Hanbali pula mengatakan haram memakai pakaian bukan Islam merupakan syiar agama mereka.

Dreamcatcher adalah alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast