Cik B
Cik B

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Vida mendakwa didatangi oleh pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyiasat dakwaan selebriti produk kecantikan itu ‘mendera’ anaknya perempuannya, Cik B.

Vida atau nama penuhnya Dr. Hasmiza Othman berkata, kehadiran JKM itu ekoran dakwaan dia mendera emosi Cik B.

Vida walaubagaimanapun tidak menyebut masa dan tarikh kedatangan JKM itu.

“Orang JKM datang kata saya mendera emosi Cik B katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya kira-kira 17 jam yang lalu,” katanya dalam Instagramnya hari ini.

alt MGF10082017_DATIN SERI ROSMAH_ULANGTAHUN MAJALAH WANITA 48_10
Pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Vida

Terdahulu netizen mengecam tindakan dan mendakwa Vida memalukan anaknya Cik B di sebuah acara jualan terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

Vida pada masa itu DSV membawa anaknya itu ke atas pentas untuk membuat persembahan yang disifatkan mengundak ketidakselesaan Cik B yang kelihatan hanya berdiam sahaja.

Namun kata Vida yang menafikan melakukan penderaan emosi kepada Cik B, anak perempuannya yang kini berumur 13 tahun bersifat pemalu sahaja.

“Tak de kena dera pun dia (Cik B) sekarang main bola Cik B pemalu bukan serupa budak-budak lain tapi kadang-kadang dia Ok depan orang ramai,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast