Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.
Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.

KUALA LUMPUR – Tun Raus Sharif meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Dalam masa yang sama Datuk Seri Zulkefli Ahmad Makinudin juga meletakkan jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Kemudian Yang Di-Pertuan Agong setelah mempertimbangkan surat peletakan jawatan yang disampaikan padanya  7 Jun yang lalu mengambil keputusan untuk menetapkan tarikh penamatan perkhidmatan Raus dan Zulkefli pada 31 Julai ini. 

Kedua-dua mereka terdahulu menyampaikan hasrat melepaskan jawatan itu pada 15 Mei yang lalu. 

“Pada 15 Mei 2018, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah bertemu dengan YAB Perdana Menteri (dan telah menyampaikan hasrat Yang Amat Arif-Yang Amat Arif untuk meletakkan jawatan.

“Selaras dengan pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018 dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai 2018,” kata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menerusi kenyataan media hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast