Shamsul Iskandar Md. Akin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin melontarkan gesaan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini yang dijadualkan Ogos nanti.

Shamsul berkata, sudah tiba masanya Anwar mengemudi parti tersebut dan tidak lagi sekadar menjadi Ketua Umum PKR kerana jawatan itu diwujudkan menerusi kongres parti yang berperanan dalam memantau perjalanan urus tadbir parti itu.

“Saya harap pemilihan parti kali ini Anwar akan bertanding sebagai presiden.

“Tidak patut ada lagi ketua umum. Jawatan ketua umum ini direka oleh kongres parti untuk Anwar,” beliau dipetik berkata.

Beliau mengharapkan apabila Anwar menawarkan diri nanti semua ahli-ahli PKR akan memberikan sokongan padu untuk memberinya tanggungjawab mengetuai parti itu.

“Sekarang saya rasa dia kembali, jadi saya harap Anwar dapat dengar suara kami, suara majoriti.

“Marilah kita mansuhkan jawatan ketua umum supaya beliau boleh kembali memimpin parti sebagai presiden,” katanya lagi.

Pemilihan parti dijangka dilangsungkan Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast