Adibah Noor tidak faham bahagian lirik sebutan English dalam lagu Jatuh Bangun yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli.
Adibah Noor tidak faham bahagian lirik sebutan English dalam lagu Jatuh Bangun yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Adibah Noor  menegur secara terbuka lagu nyanyian Haqiem Rusli, Jatuh Bangun mengenai lirik lagu berkenaan yang disebut tidak jelas.

Teguran Adibah yang menerusi laman sosial Twitter itu mengenai bahagian lirik bahasa Inggeris dalam lagu tersebut tidak jelas ketika dinyanyikan penyanyi berkenaan.

“Dear adik Haqiem Rosli. Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu. Beat catchy, suara pun sedap sesuai untuk cita rasa muzik terkini.

“Cuma part English tu… apekemendenyelaaaaaaa yang adik sebut tu?” soalnya.

Namun, Adibah memuji secara keseluruhan suara dan melodi lagu tersebut sedap didengar dan mengikut cita rasa muzik terkini.

Sementara itu, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu membalas teguran Adibah dan berterima kasih terhadap pendapat yang diberikan oleh Adibah.

Dia juga memberi lirik sebenar yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.

“Ok terharu, terima kasih, aunty… Gini liriknya. Coz all I want is time, to know ur (your) mind, and I want u to know that i’m fine,” tulis Haqiem.

Dalam pada itu, Adibah berkata dia sebenarnya tahu lirik berkenaan namun berharap penyanyi itu mendapatkan bantuan dalam menyebut perkataan bahasa Inggeris itu dengan baik.

“Ya. Aunty tau itu liriknya. Masalah Haqiem menyebutnya itu. Lain kali mintak ada orang guide k,” tulisnya. – MalaysiaGazette