SRINAGAR – Pengkebumian wartawan veteran terkenal di Kashmir yang ditembak mati sehingga menggemparkan penduduk dihadiri oleh ribuan termasuk penyokong serta pemimpin semalam waktu tempatan.

Agensi melaporkan, wartawan dan editor akhbar harian Inggeris Rishing Kashmir yang amat popular dikatakan di tembak mati tanpa belas oleh tiga lelaki tidak dikenali menaiki motosikal di hadapan pejabatnya di Kashmir kelmarin.

Shujaat yang dilihat patriotik dan lantang bercakap terutamanya dalam penulisannya dikatakan meninggalkan pejabat pada sebelah petang untuk berbuka puasa apa di serang tiga penyerang dan melepaskan beberapa tembakan pada jarak dekat.

alt Pembunuhan Shujaat

Shujaat, 50, dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan termasuk dua lagi pengawal peribadinya yang turut berada di tempat kejadian.

Ketiga-tiga lelaki tidak dikenali itu kemudian melarikan diri dan masih belum di kesan sehingga kini namun pihak polis

Solat jenazah diadakan di Masjid Jamia di Srinagar sebelum majlis pengebumian di kampung halaman di utara Kashmir. 

Pandangan luar biasa apabila majlis pengebumian itu dihadiri dan ditangisi oleh ribuan masyarakat yang menyokong penulisan serta perjuang Shujaat.

Menurut Ketua Menteri Kashmir, Mehoobha Mufti, kehilangan Shujaat merupakan sesuatu yang tidak boleh diganti sehingga bila-bila.

“Perjuangan Shujaat tanpa mengira kaum dan kasta sebenarnya sesuatu yang tidak boleh di terima sehingga kini.

“Saya telah hilang kata-kata, baru beberapa hari lepas beliau datang bertemu dengan saya. Perjuangan beliau mellaui penulisan dan juga turun padang bertemu penduduk tentang konflik India Kashmir sebenarnya banyak memberi kekuatan kepada penduduk tempatan,” ujarya. –Malaysia Gazette

alt Ketua Menteri Kashmir, Mehhooba Mufti