KUALA LUMPUR – Sebanyak RM74.6 juta berjaya dikumpulkan melalui Tabung Harapan Malaysia sehingga pukul 3 petang semalam.
Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan di laman web Kementerian Kewangan.
Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung tersebut hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.
Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pukul 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette