Armin Effendi

KUALA LUMPUR – Korn Ferry hari ini mengumumkan pelantikan Armin Effendi sebagai pengerusi negara di Malaysia.

Korn Ferry adalah sebuah firma perunding global yang membantu syarikat untuk reka bentuk organisasi – struktur, peranan dan tanggungjawab serta cara mereka mengimbangi,
membangunkan dan memberi motivasi kepada kakitangan.

Syarikat ini memiliki pelanggan di 50 buah negara.

Armin telah berkhidmat sebagai pemimpin pejabat di Kuala Lumpur untuk firma pencarian eksekutif global dan merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan ASEAN.

Sepanjang kariernya, Armin telah memegang jawatan eksekutif dan penasihat merentasi syarikat-syarikat di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Beliau pernah bekerja sebagai perunding kanan dengan Bain and Company di pejabat London dan Singapura; Pengarah Strategi Produk di Accenture, Pengarah Perunding di KPMG dan Pengurus Besar di Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Petronas. – MalaysiaGazette