Tag: pelantikan
Afiza dilantik CEO PIDM
Sebelum menyertai PIDM, Afiza berkhidmat hampir sedekad di Bank Negara Malaysia, dengan penglibatan dalam pembangunan dasar berhemat, pemodenan Akta Bank Negara Malaysia 2009 serta penggubalan Pelan Sektor Kewangan.
Norsyahrin dilantik Presiden NCCIM yang baharu
NCCIM yakin kepimpinan baharu itu dijangka memperkukuh kerjasama antara NCCIM dengan kerajaan, pemain industri dan komuniti perniagaan, selain meneruskan asas kukuh yang dibina oleh kepimpinan terdahulu.
MCA gesa kerajaan perjelas dakwaan lantikan Azam Baki sebagai Penasihat NFCC
Rakyat Malaysia tidak mahu keputusan dibuat secara tertutup atau tanpa penjelasan. Mereka berhak mendapat ketelusan, akauntabiliti dan jawapan yang mampu dipertahankan kepada penelitian umum.
Cabang PKR nafi akar umbi Pandan tolak Tengku Zafrul
Dakwaan yang dibuat oleh mantan Setiausaha Pengelola Cabang Pandan, Kok Khoon Mun dan Azila Yeop, bekas Pengarah Komunikasi Cabang Pandan, adalah tidak benar serta tidak mewakili pendirian sebenar akar umbi PKR Cabang Pandan.
FGV Holdings lantik Abu Huraira sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif
FGV Holdings Bhd melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 2 Mac, 2026.
Shamsul Ahmad dilantik Presiden, CEO TNB yang baharu
Beliau menggantikan Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 28 Februari 2026 selepas berkhidmat sebagai Presiden dan CEO sejak Mac 2024.
Ahmad Radhi teraju APAD
Ahmad Radhi, 53, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang perancangan bandar dan pengangkutan, serta transformasi sistem pengangkutan awam darat.
Ameer Mydin antara lima pelantikan Lembaga Pengarah HRD Corp
Pelantikan ini selari dengan rangka kerja Malaysia Madani dan misi Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk memajukan tenaga kerja yang berdaya tahan dan dipacu industri.
Raja Teh Maimunah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam
"Selain rekod pencapaian dalam kepimpinan strategik dan kecemerlangan operasi yang luas, beliau secara konsisten telah menunjukkan keserasian dengan nilai teras, termasuk pematuhan prinsip-prinsip Syariah yang menjadi asas kepada operasi dan tadbir urus Bank Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Ikmar Nizam dilantik Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM
Dr. Ikmar Nizam diiktiraf sebagai pakar dalam bahan biopolimer konduktif dan teknologi simpanan tenaga hijau, dengan penyelidikan tertumpu kepada pembangunan elektrolit polimer pepejal berasaskan sumber semula jadi seperti selulosa dan chitosan, sejajar dengan matlamat kelestarian global.

















