Norsyahrin Hamidon

 

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) mengumumkan pelantikan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon sebagai presiden baharu bagi penggal 2026 hingga 2028.

Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-50 NCCIM yang berlangsung pada 25 Julai lalu.

Menurut NCCIM, pelantikan Norsyahrin mencerminkan amalan penggiliran kepimpinan yang telah lama dilaksanakan dalam organisasi itu melibatkan lima dewan gabungannya iaitu DPMM, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia , Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Bersekutu Malaysia , Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia serta Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.

Katanya, sistem penggiliran itu mencerminkan komitmen NCCIM terhadap kepimpinan kolektif, keterangkuman dan semangat muafakat bagi memastikan pandangan pelbagai komuniti perniagaan diwakili pada peringkat tertinggi organisasi.

Di bawah struktur NCCIM, jawatan presiden disandang oleh presiden salah satu dewan gabungan secara bergilir, manakala presiden empat dewan gabungan lain akan berperanan sebagai naib presiden.

NCCIM yakin kepimpinan baharu itu dijangka memperkukuh kerjasama antara NCCIM dengan kerajaan, pemain industri dan komuniti perniagaan, selain meneruskan asas kukuh yang dibina oleh kepimpinan terdahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast