Abu Huraira Abu Yazid

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 2 Mac, 2026.

Dalam satu kenyataan, FGV berkata Abu Huraira memiliki pengalaman selama 50 tahun merentasi pelbagai sektor termasuk perkhidmatan kewangan, logistik, keselamatan sosial, pemulihan, minyak dan gas, serta pembangunan tenaga kerja.

“Dengan kepakaran luas dalam operasi perbankan, pengurusan risiko dan tadbir urus kewangan mengupayakan beliau memegang jawatan kanan dalam institusi kewangan di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Abu Huraira kini memegang jawatan Pengerusi di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), MISC Bhd, Human Resource Development Corporation, AET Pte Ltd, dan Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pengurusan Perniagaan) dari Universiti Malaya dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Pengerusi Pusat Rehabilitasi Perkeso Sdn Bhd serta Pengarah Eksekutif Pos Malaysia Bhd, katanya.

“Kumpulan berbesar hati menyambut kehadiran Datuk Abu Huraira ke FGV. Pengalaman luas dan rekod prestasi beliau dalam kepimpinan korporat, tadbir urus dan penglibatan pihak berkepentingan akan menjadi aset penting bagi membimbing FGV melalui fasa seterusnya pertumbuhan dan transformasi.

“Dengan sokongan berterusan Kerajaan Malaysia, kumpulan kekal komited untuk menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA

 

TAG:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast