Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Maritime Week (MMW) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AIMAN RIZAL, 28 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjadi agensi peneraju tunggal bagi semua kelulusan lesen bunkering dan permit berkaitan mulai 1 Februari 2027, sebagai sebahagian usaha menjadikan Malaysia hab bunkering Asia-Pasifik menjelang 2030.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penyusunan semula itu bertujuan memastikan proses kelulusan lebih jelas dan konsisten, selain memperkukuh aspek keselamatan, kualiti bahan api serta perlindungan alam sekitar.

“Mulai 1 Februari 2027, semua kelulusan untuk lesen bunkering dan permit berkaitan dijadualkan dikendalikan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Ini akan memberi pertanggungjawaban kepada pengendali dan menyokong keputusan yang lebih konsisten mengenai keselamatan, kualiti bahan api dan perlindungan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Minggu Maritim Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Menurut Loke, langkah berkenaan penting bagi membangunkan sektor bunkering yang lebih berdaya saing serta memenuhi keperluan industri perkapalan ketika sektor itu beralih kepada penggunaan bahan api marin yang lebih bersih.

Katanya, kerajaan turut meneruskan inisiatif Malaysia Maritime Bunkering bagi membangunkan ekosistem bahan api marin yang lebih hijau dan mampan.

“Malaysia juga bekerjasama dengan Australia dalam membangunkan dasar serta rangka perundangan bagi green bunkering, termasuk penggunaan bahan api seperti gas asli cecair (LNG), biofuel dan metanol,” katanya.

Sebelum ini Malaysia menetapkan sasaran untuk menjadi hab bunkering Asia-Pasifik menjelang 2030. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here