KLANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah Klang, hari ini.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Amirudin, 38, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-16 selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikan ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. – MalaysiaGazette