Gambar hiasan

BANGKOK – Thailand melaksanakan hukuman mati buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun ke atas seorang lelaki yang membunuh remaja untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.

Theerasak Longji, 26, dihukum mati melalui suntikan pada Isnin lalu.

Beliau didapati bersalah menyebabkan kematian remaja berusia 17 tahun selepas menikam mangsa sebanyak 24 kali.

Hukuman mati yang dilaksanakan itu mendapat bantahan daripada kumpulan-kumpulan hak asasi.

Pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 2012 itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Thailand. – MalaysiaGazette