LONDON – Kesatuan Eropah akan melancarkan ‘serangan’ balas tarif ke atas eksport Amerika Syarikat.

Tindakan itu susulan keputusan Presiden Donald Trump melaksanakan tarif ke atas besi dan keluli pada awal bulan ini.

Antara sasaran barangan Amerika Syarikat yang akan dikenakan tarif oalah jeans, motosikal dan wiski, kata Pesuruhjaya Perdagangan, Cecilia Malmstrom.

Katanya, blok itu tidak mahu melaksanakan tarif itu.

Tetapi keputusan bukan dua hala dan tidak wajar oleh Amerika Syarikat dalam mengenakan tarif besi dan keluli menyebabkan Kesatuan Eropah tidak ada pilihan.

Brussels telah menyenaraikan produk pada bulan Mac ketika Trump mula mencadangkan tarif 25 peratus pada import keluli dan 10 peratus bagi aluminium, yang juga menyasarkan Kanada, Mexico dan sekutu Amerika Syarikat yang lain.

Kranberi, jus oren, jagung manis dan mentega kacang adalah antara barangan yang disasarkan. – MalaysiaGazette