Polis Sabah sedang berusaha untuk mendapatkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bagi merekodkan kenyataannya dengan segera berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa yang dibuat pada minggu lalu.
Musa Aman

KOTA KINABALU – Tan Sri Musa Aman perlu mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 11 Jun lalu atau kerusi yang dimenanginya boleh diisytiharkan kosong.

Bekas Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Johny Mositun berkata perkara itu adalah berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah, kerusi yang dimenangi seseorang wakil rakyat boleh diisytiharkan kosong oleh speaker jika wakil rakyat berkenaan gagal mengangkat sumpah sebagai anggota DUN Sabah dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan pertama DUN Sabah,” kata Mositun yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada Bernama, hari ini.

Menurut peguam Musa, anak guamnya itu sedang mendapatkan rawatan perubatan di lokasi yang tidak didedahkan.

Seorang lagi wakil rakyat yang belum mengangkat sumpah ialah wakil rakyat kawasan DUN Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang difahamkan sedang menunaikan ibadah umrah.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast