Perebutan tanah antara petani dan penternak lembu mengakibatkan peperangan antara kaum di Nigeria. foto Agro Nigeria

PLATEAU – Sekurang-kurangnya 86 orang maut di tengah Nigeria selepas pertempuran ganas antara petani dan peternak lembu.

Beberapa laporan mengatakan pertempuran bermula pada Khamis lali apabila petani etnik Berom menyerang penternak Fulani hingga mengorbankan lima nyawa.

Serangan balas pada hari Sabtu mengakibatkan lebih banyak kematian.

Kawasan ini mempunyai sejarah keganasan antara kumpulan etnik yang bersaing untuk mendapatkan tanah.

Perintah berkurung kini dikuatkuasakan di tiga bahagian negeri berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Undie Adie berkata, 86 orang telah terbunuh dan enam orang cedera dalam keganasan tersebut.

Beliau berkata, 50 rumah telah dibakar termasuk 15 motosikal dan dua kenderaan.

Di Nigeria, petani dan penternak nomad lembu sering kali bertelagah dalam perebutan akses tanah dan hak ragut rumput.

Tetapi pertelagahan ini telah berlarutan kepada peperangan antara kaum mengakibatkan ribuan terbunuh pada tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast