KUALA LUMPUR – Pelantikan KPMG Malaysia sebagai auditor telah dibatalkan semasa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaudit penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.

Penamatan perkhidmatan KPMG berakhir pada 31 Disember pada tahun itu.

Menurutnya, ia tidak dapat akses maklumat berkaitan kepada 1MDB selepas tarikh tersebut.

KPMG Malaysia adalah juru audit berkanun 1MDB dan mengeluarkan laporan audit bagi penyata kewangannya bagi tahun-tahun yang berakhir pada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2012.

“Ketua Audit Negara telah menjalankan kajian semula dan audit mengenai isu-isu yang berkaitan dengan 1MDB dan menyediakan laporan mengenai penemuannya.

“Laporan ini diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan baru-baru ini dijadikan dokumen awam pada 15 Mei 2018,” kata firma itu dalam satu kenyataan di sini.

Setelah mempertimbangkan kandungan laporan dan maklumat lain yang berkaitan, KPMG Malaysia bertindak menulis kepada 1MDB pada 8 Jun untuk memaklumkan bahawa syarikat itu perlu segera mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan pergantungan lanjut laporan audit yang disediakan oleh KPMG untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2012. – MalaysiaGazette