, Dr. Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad berkata Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas seperti biasa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, ada menyatakan bahawa kenyataannya berkaitan LGBT adalah pandangan peribadinya.

PUTRAJAYA – Orang ramai diminta agar tidak memberikan persepsi negatif terhadap ubat-ubatan di Klinik 1Malaysia kerana ubat yang disediakan di klinik berkenaan telah dilakukan kajian setara sebelum diberi kepada pesakit.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, perkara tersebut sudah menjadi kelaziman dalam kalangan ramai dan pegawai perubatan sememangnya mengetahui ubat-ubatan yang sesuai diberikan kepada pesakit.

“Itu satu persepsi yang sangat lazim. Apapun sebelum ini apa yang penting moving forward (bergerak kedepan). Kami sangat komited untuk memastikan bahawa walaupun generik kita ada farmasi di situ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa ubat-ubatan yang disediakan di klinik 1Malaysia yang telah ditukar nama menjadi Klinik Komuniti kurang berkesan berbanding di klinik berbayar.

Mengulas lanjut Dzulkefly menjelaskan, tidak timbul masalah klinik berkenaan mengurangkan dos terhadap ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit kerana ia sama sahaja meskipun tidak menggunakan dadah asli.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sama berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan kawal selia ke atas jenama sardin dari China yang dilaporkan mengandungi cacing.

Menurutnya, setakat ini tidak ada individu yang menjadi mangsa selepas termakan sardin berkenaan.

“Tidak ada orang yang menjadi mangsa. Cacing yang terdapat di dalam sardin itu sudah mati dan bukannya cacing hidup,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dilaporkan menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia di dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.

Cacing terbabit berkemungkinan daripada genus Anisakis spp menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia yang biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit terbabit.

Anisakiasis adalah penyakit parasit dan zoonotik bawaan ikan disebabkan oleh nematode Anisakis spp (cacing) yang menyerang sistem gastrointestinal seperti perut dan usus manusia dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast