KENYA- James Kimani, seorang lelaki warga Afrika dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun kerana membunuh ribuan kucing.
Dia mengaku membunuh kucing tanpa had bagi menjalankan bisnes menjual daging tersebut kepada penjual samosa.
Pengakuan itu dibuat dalam mahkamah di bandar Nakurudan.
Kenyataan tertuduh itu menyebabkan orang awam naik berang menyerang Kimani di laluan masuk mahkamah.
Bagaimanapun, suspek diselamatkan oleh pegawai polis.
Kimani mengaku terlibat dalam bisnes tersebut hampir tujuh tahun sejak menetap di Kenya.
Sedangkan Undang-undang Kawalan Makanan Kenya tidak membenarkan daging kucing dijadikan makanan manusia sama sekali.
Di China, Vietnam dan Korea daging kucing masih dianggap sebagai hidangan yang lazat.
Malah, daging kucing dipercayai sering dimakan di Afrika Barat dengan daging haiwan lain sebagai pelengkap rasa.- MalaysiaGazette