Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana sanggup melakukan penyelarasan tarikh gaji itu.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana sanggup melakukan penyelarasan tarikh gaji itu.

KUALA LUMPUR – Kerajaan yang prihatin bahawa penjawat awam “kehabisan gaji” semasa musim Aidilfitri akan mengawalkan pembayaran gaji kepada 18 Julai.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana sanggup melakukan penyelarasan tarikh gaji itu.

Beliau menjelaskan kepada China Press, kerajaan lazimnya membayar gaji pada 25 hari bulan, tetapi membayar lebih awal pada Jun iaitu pada 7 Jun sempena dengan sambutan Aidilfitri pada 15 Jun.

Untuk Julai pula, katanya, penjawat awam mungkin  berasa terbeban jika gaji dibayar selewat 25 Julai.

Menurutnya, tindakan mengawalkan tarikh pembayaran gaji menunjukkan kerajaan prihatin dengan keperluan penjawat awam.

Menurat surat pekeliling Akauntan Negara, Saat Esa, kerajaan telah bersetuju untuk mengawalkan pembayaran gaji kepada 18 Julai dan pekeliling itu berkuat kuasa 25 Jun. – MalaysiaGazette