Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Wira Azhar Abdul Hamid (tengah) bercakap pada sidang media mengenai Laporan Bersepadu Tahunan 2017 FGV, turut sama Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad (dua kiri), Pengarah Bebas Kanan dan Bukan Eksekutif FGV, Datuk Yahya Abdul Jabar (kanan) dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha (kiri) di Menara FELDA, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk melaksanakan siasatan forensik terhadap beberapa pelaburan yang dilakukan syarikat tersebut sebelum ini temasuk pelaburan dalam Asian Plantations Ltd.

Menurut Pengerusinya, Datuk Azhar Abdul Hamid, FGV telah melantik sebuah firma guaman di London bagi memastikan siasatan bukan hanya tertumpu kepada aspek perakaunan sahaja tetapi juga perundangan.

“Pastinya kami juga mahu ia menjadi kes sivil, sekurang-kurangnya.

“FGV telah membayar sebanyak RM1.1 bilion untuk pelaburan dalam Asian Plantations dan saya sendiri telah melawat ladang tersebut.

“Saya dapati ada kawasan yang tiada penanaman,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

FGV juga menurut Azhar telah memulakan tindakan undang-undang kepada pelanggan Delima Oil Sdn. Bhd., Safitex Trading LLC bagi mendapatkan semula wang berjumlah AS$11 juta daripada syarikat tersebut.

“Sudah tentu kami mahukan wang itu semula.

“Jumlahnya banyak dan boleh menyumbang kepada keuntungan syarikat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast