Dua orang kanak-kanak yang menunggang sebuah basikal cedera parah dan ditemukan terbaring di tepi jalan selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Taman Sri Aman dekat Yong Peng pada 1 petang hari ini.
Dua orang kanak-kanak yang menunggang sebuah basikal cedera parah dan ditemukan terbaring di tepi jalan selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Taman Sri Aman dekat Yong Peng pada 1 petang hari ini.

BATU PAHAT – Dua kanak-kanak yang menunggang sebuah basikal cedera parah dan ditemukan terbaring di tepi jalan selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Taman Sri Aman dekat Yong Peng pada 1 petang hari ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa yang berusia 11 tahun dipercayai menaiki sebuah basikal lajak iaitu basikal yang sudah diubah suai sebelum keluar simpang secara tiba-tiba dan memasuki laluan kereta di jalan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, hasil maklumat awal menunjukkan, kanak-kanak itu telah memasuki laluan dipandu lelaki berusia 50an sebelum berlaku pelanggaran.

Ekoran daripada itu, tambahnya, menyebabkan pemandu kereta tersebut gagal mengelak dan memberhentikan kenderaan lalu melanggar basikal dinaiki mangsa.

“Kedua-dua mangsa dilaporkan cedera parah dan akibat pelanggaran itu mereka terbaring di tepi jalan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini. – MalaysiaGazette