Seramai 170 orang diselamatkan dari tempat kejadian

WASHINGTON- Seramai lima orang maut dalam serangan seorang lelaki melepaskan beberapa das tembakan ke dalam pejabat akhbar tempatan, Capital Gazette di Maryland.

Saksi dari bangunan tersebut berkata, suspek melepaskan tembakan dari luar ke dalam bilik berita melalui pintu kaca.

Suspek dipercayai menetap di Maryland selama 30 tahun berjaya ditahan oleh pihak polis dalam masa 60 saat selepas kejadian.

Pihak polis berkata, suspek itu ‘merosakkan’ rupa jarinya agar tiada orang boleh mengenal pasti identiti sebenarnya.

Sebelum insiden ini berlaku akhbar tersebut menerima ‘amaran’ dari orang tidak dikenali melalui mesej ringkas di media sosial.

Semasa ditahan, suspek didapati membawa bom tangan palsu dan bom asap, kata polis.

Motif kejadian belum dikenalpasti.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast