Laurent simons

BRUSSELS – Seorang kanak-kanak, Laurent Simons yang memiliki tahap IQ 145 menjadi kalangan penuntut di sebuah universiti pada usia lapan tahun.

Laurent yang menggemari subjek matematik, bersama-sama rakan sekelasnya yang rata-ratanya berusia 18 tahun.

Bercakap kepada radio RTBF, Laurent berkata, dia suka subjek matematik kerana skopnya begitu luas, selain mempunyai statistik, geometri dan algebra.

Bapa kanak-kanak itu berkata, anaknya yang tidak suka permainan kanak-kanak, juga sukar untuk bermain dengan kanak-kanak lain semakin kecil.

Laurent yang berminat untuk menjadi pakar bedah atau astronaut, kini menimbang untuk meminati bidang yang berkaitan komputer.

“Malah, jika dia berminat untuk menjadi tukang kayu, kami tiada masalah asalkan dia gembira,” kata bapanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast