Raja Salman

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menggesa Arab Saudi meningkatkan pengeluaran minyaknya untuk menangani kenaikan kos bahan bakar itu.

Trump dalam tweetnya berkata, beliau telah meminta Raja Salman untuk menambah pengeluaran minyak sehingga dua juta tong sehari.

“Harga tinggi! Beliau telah bersetuju!,” kata Presiden Amerika Syarikat itu.

Kenaikan pengeluaran itu perlu kerana pertikaian di Iran dan gangguan bekalan dari Venezuela.

Harga minyak melonjak minggu lalu selepas Amerika Syarikat merancang untuk mengenakan sekatan semula ke atas minyak Iran.

Iran adalah pengeluar utama minyak OPEC.

OPEC telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak, begitu juga Rusia tetapi ia gagal memberi jaminan kepada pasaran.

Sementara itu Agensi Berita Arab Saudi (SPA) mengesahkan Trump dan Raja Salman telah bercakap melalui telefon.

SPA berkata, kedua-dua pemimpin itu telah berbincang tentang keperluan untuk melindungi kestabilan pasaran minyak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast