bomba
Anggota bomba dan penyelamat sedang mengawal kebakaran di di sebuah unit Pangsapuri Keyangan, Bandar Sunway

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 56 tahun nyaris maut dalam kebakaran di rumahnya setelah terlelap tanpa menutup dapur gas yang dihidupkan untuk memanaskan juadah Aidilfitri.

Dalam kejadian pukul 11,50 malam kelmarin, mangsa seorang pembantu makmal Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) terselamat selepas jiran yang menyedari kejadian segera mendapatkan bantuan pasukan bomba dan penyelamat.

Mangsa Ramli Othman yang tinggal di Pangsapuri Keyangan, Bandar Sunway tidak menyedari rumahnya terbakar sehingga pihak bomba berusaha untuk mengawal api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman melaporkan bahawa bomba menerima panggilan pada jam 11.51 malam sebelum bergegas ke lokasi dalam masa lima minit.

“Sejurus tiba di rumah mangsa kami mendapati kebakaran berlaku di bilik dapur sebelum berjaya dikawal menggunakan alat pemadam api di premis itu.

“Hasil pemeriksaan bomba menjumpai mangsa terperangkap dalam rumah yang dipenuhi kepulan asap tebal sebelum kami berjaya memecahkan pintu depan rumah dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa terselemat tanpa sebarang kecederaan fizikal,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mangsa hanya menyedari rumahnya terbakar setelah kehadiran bomba dan proses pengudaraan sedang dilaksanakan sebelum mengesahkan keadaan selamat dan mangsa dibenarkan menduduki semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast