TT
Presiden Donald Trump berjabat tangan dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau

OTTAWA – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pernah berbincang mengenai pelbagai isu perdagangan dan ekonomi di antara kedua negara menerusi satu panggilan telefon, kata Setiausaha Akhbar White House, Sarah Sanders.

Perbualan telefon di antara dua pemimpin negara itu buat pertama kalinya didedahkan kepada umum selepas Trump mengatakan Trudeau sebagai seorang yang “tidak jujur dan lemah” pada akhir mesyuarat G7 di Kanada awal bulan lalu.

Presiden AS itu telah berulang kali memberi cadangan supaya mengambil manfaat daripada perdagangan dengan AS dan komen kasarnya selepas mesyuarat G7 itu menyebabkan hubungan dua hala di antara dua negara berada di peringkat paling rendah dalam tempoh beberapa dekad.

Pada Jumaat, Kanada memberi serangan balas kepada pentadbiran Trump berhubung tarif besi dan alumium dan berjanji akan mengenakan langkah menghukum bernilai AS$12.6 bilion kepada barangan Amerika sehingga negara tersebut mengalah.

Trudeau memberitahu Trump, Kanada tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan menghukum tarif besi dan aluminium. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast