Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk meminda Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 supaya semua pengasuh termasuk mereka yang hanya menjaga seorang kanak-kanak didaftarkan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk meminda Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 supaya semua pengasuh termasuk mereka yang hanya menjaga seorang kanak-kanak didaftarkan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baharu Hannah Yeoh Tseow Suan komited membela hak dan membawa suara golongan kanak-kanak di Parlimen.

Beliau berkata kanak-kanak hanya bergantung kepada rasional orang dewasa dibawah jagaan mereka serta tidak berupaya bersuara bagi mempertahankan diri atau mengangkat sendiri hak-hak mereka menerusi mana-mana platform.

“Menyedari keadaan ini, saya komited mengangkat dan menjadi suara mereka di Parlimen dan hak-hak mereka akan saya wakili sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hannah, anak kelahiran Kuala Lumpur mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Istana Negara di sini hari ini bersama 13 lagi menteri dan 23 timbalan menteri.

Hannah berkata pengalaman sebagai seorang isteri dan ibu akan membantunya memahami keseluruhan peranan yang diperlukan untuk mengisi tanggungjawabnya dan mengakui porfolio tersebut paling dekat di hatinya.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast