TOKYO – Maharaja Akihito membatalkan tugas-tugasnya selepas mengalami pening dan mual akibat anemia serebrum.
Anemia serebrum adalah keadaan yang disebabkan oleh aliran darah yang tidak mencukupi ke otak, kata seorang pejabat istana hari ini.
Akihito, 84, yang telah menghabiskan hampir tiga dekad sebagai maharaja, dijangka turun takhta pada 30 April tahun depan – peletakan jawatan kali pertama oleh seorang maharaja Jepun dalam hampir dua abad.
Keadaan beliau sedang dipantau dan kini berehat di Imperial Palace. – MalaysiaGazette