KABUL – Satu letupan menggegarkan pusat bandar Jalalabad, Afghanistan menyababkan sekurang-kurangnya 20 orang terkorbanyang kebanyakannya adalah kaum minoriti Sikh, kata pegawai kerajaan.
Letupan kereta itu berlaku selepas Presiden, Ashraf Ghani merasmikan sebuah hospital di Jalalabad.
“Banyak kedai dan bangunan di sekitar bandar tersebut rosak dalam kejadian, kata Gabenor, Attaullah Khogyani.
Awtar Singh Khalsa, ahli politik mewakili minoriti masyarakat Sikh maut dalam letupan itu, kata seorang pegawai.
Beliau dikatakan merancang untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen pada Oktober ini.
Menurut Ketua Polis Nangarhar, Ghulam Sanayi Stanekzai, kejadian tersebut disasarkan kepada masyarakat Sikh yang dalam perjalanan bertemu Presiden.
Pegawai Kedutaan India di Kabul mengesahkan kematian sepuluh orang Sikh itu adalah angkara serangan pengganas. – Agensi