Meninggal dunia
ADUN Kandis

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kandis, Shuhaimi Shafie meninggal dunia pada 11:05 pagi tadi akibat kanser Limfoma tahap empat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebentar tadi mengesahkannya menerusi Twitter dengan ucapan takziah.

“Al Fatihah. Saya amat sedih di atas kehilangan seorang teman sejati dalam perjuangan. Semoga roh allahyarham Shuhaimi Shafie ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Subang Jaya pada usia 50 tahun.

Shuhami pernah menjadi Setiausaha Politik Azmin dan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) beliau menjadi ADUN Sri Muda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast