Walaupun telah dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang baharu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tetap akan memikul tanggung jawab sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang digalasnya sejak 50 hari yang lalu.
Walaupun telah dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang baharu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tetap akan memikul tanggung jawab sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang digalasnya sejak 50 hari yang lalu.

KUALA LUMPUR- Walaupun telah dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang baharu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tetap akan memikul tanggung jawab sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang digalasnya sejak 50 hari yang lalu.

Enggan mengulas terperinci mengenai tugas baharunya di firma pengurusan dana itu, Zeti berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan barisan pengurusan PNB petang ini.

“Saya sangat berbangga dengan pelantikan ini dan tidak sabar untuk bekerja dengan PNB bagi meneruskan kemampanan prestasi mereka dan dalam masa yang sama menyumbang ke arah keseluruhan ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat CEP di sini hari ini.

Jumaat lalu, PNB mengumumkan pelantikan bekas Gabenor Bank Negara itu sebagai Pengerusi bagi menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang meletakkan jawatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast