Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak melonjak selepas OPEC dan Amerika Syarikat meningkatkan pengeluaran meskipun Libya mengumumkan gangguan luar kawalan dalam bekalannya.

Niaga hadapan minyak mentah didagangkan pada AS$78.06 setong, naik 1.0 peratus daripada harga penutup.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) pula naik sebanyak AS$0.75 kepada AS$74.69 setong.

Para pedagang berkata, gangguan bekalan Libya telah mendorong kenaikan harga, melebihi kenaikan dalam bulan Jun selepas OPEC meningkatkan bekalan.

Pengeluaran OPEC pada bulan Jun lalu adalah 32.32 juta tong sehari, naik 320,000 tong berbanding bulan Mei.

Jumlah pengeluaran Jun adalah tertinggi sejak Januari 2018.

National Oil Corporation, syarikat minyak Libya mengumumkan luar kawalan dalam penghantaran minyak dari pelabuhan Zueitina dan Hariga, menyebabkan kerugian pengeluaran sebanyak 850,000 tong sehari disebabkan penutupan pelabuhan-pelabuhan dan medan-medan minyak di timur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast