Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz (tengah) tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan dipercayai berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) buat kali kedua di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2018.
Riza Shahriz Aziz. foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2018.

PUTRAJAYA – Setelah sembilan jam berada diambil keterangan semalam kini hari ini Riza Aziz sekali lagi hadir untuk memberi keterangan di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau hadir pada pukul 3:21 petang tadi bersama peguamnya, K. Kumaraendran.

Bagaimanapun Riza enggan memberi sebarang kenyataan kepada media seperti semalam.

Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan  filem The Wolf Of Wall Street.

Filem Hollywood itu didakwa menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1Malaysia Debelopment Berhad (1MDB). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast