Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai SPRM dan anggota polis keluar dari mahkamah Sesyen Jenayah menuju ke Mahkamah Tinggi Jenayah selepas mendengar pembacaan pertuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. fotp SYAFIQ AMBAK, 04 JULAI 2018
Najib Razak diiringi pegawai SPRM dan anggota polis keluar dari mahkamah Sesyen Jenayah menuju ke Mahkamah Tinggi Jenayah selepas mendengar pembacaan pertuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 4 Julai lalu. fotp SYAFIQ AMBAK,

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta agar tidak membuat keputusan sendiri menghukum Datuk Seri Najib Razak yang sekarang ini berdepan perbicaraan di mahkamah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Noorazley Yahya berkata, adalah tidak adil bagi memberikan tanggapan pra matang terhadap bekas perdana menteri itu hanya semata-mata berpandukan laporan media.

“Kita harus sama-sama berdoa agar proses mahkamah ini akan berjalan dan diadili dengan sewajarnya.

“Pemuda UMNO Kuala Selangor juga mendoakan supaya keluarga Datuk Seri Najib, para penyokong dan ahli UMNO serta Rakyat Malaysia sabar dan tabah menghadapi dugaan yang besar ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noorazley berkata, tidak wajar meletakkan persepsi terhadap bekas presiden UMNO itu sebelum beliau diadili dan kesnya itu diputuskan oleh mahkamah.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu akur dan hormati dengan proses demokrasi yang sedang berjalan.

“Saya juga percaya Datuk Seri Najib akan diadili dengan sebaik mungkin dengan pemilihan barisan peguambela terbaik negara ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast