Ahli Majlis Social Media Chambers, Padma Viloshana Rubhan, Bendahari Social Media Chambers, Vivianne Goh, Naib Presiden Social Media Chambers, KV Anand Vadivelu, Naib Presiden Social Media Chambers, Syed Khalid Aljuned, Naib Presiden Social Media Chambers, Ned Mohammed, Penolong Setiausaha Social Media Chambers, Fauziah, dan Setiausaha Social Media Chambers, Dailan Muhd Rawi selepas sesi temubual bersama Malaysia Gazette di Puchong, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 02 JULAI 2018.
Ahli Majlis Social Media Chambers, Padma Viloshana Rubhan, Bendahari Social Media Chambers, Vivianne Goh, Naib Presiden Social Media Chambers, KV Anand Vadivelu, Naib Presiden Social Media Chambers, Syed Khalid Aljuned, Naib Presiden Social Media Chambers, Ned Mohammed, Penolong Setiausaha Social Media Chambers, Fauziah, dan Setiausaha Social Media Chambers, Dailan Muhd Rawi selepas sesi temubual bersama Malaysia Gazette di Puchong, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 02 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Minggu Media Sosial (MSMW) yang bermula hari ini rancak dengan kehadiran penceramah dalam dan luar negara yang berkongsi maklumat dan perkembagan dunia teknologi serta media sosial.

Mula dianjurkan pada tahun 2012, ia bertujuan  menyatukan mereka yang aktif di dalam dunia media sosial untuk kegunaan peribadi atau perniagaan mereka.

MSMW berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada pukul 9 pagi tadi dengan penyertaan seramai 290 peserta yang ternyata begitu teruja.

Program tahunan ke-7 anjuran Dewan Media Sosial Malaysia (SMC) diterajui Presiden SMC, Shahul Hameed Dawood yang percaya media sosial adalah kepentingan paling berkuasa di dunia ketika ini.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, jelas Shahul, objektif utama beliau adalah menghubungkan pelbagai pihak tidak kira dalam dunia korporat, kerajaan dan belia untuk menangani isu-isu dan juga mempamerkan kebaikan media sosial dan apa yang boleh dicapai.

“Pengguna Internet dari seluruh dunia yang mempunyai visi dan misi yang sama berkumpul dan suntik semangat untuk merubah dunia ke arah kebaikan. Kita sedar kepentingan dunia sosial serta impaknya kepada rakyat di negara ini.

“Malah kita juga jangan lupa tentang fakta kepesatan dunia jalur lebar dan kedudukan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial, kepentingan penggunaan internet kini sangat penting.

“Penganjuran MSMW sebenarnya adalah usaha berterusan dari pihak mereka dalam memberi pendedahan, pengetahuan serta perkongsian maklumat media sosial seperti Facebook, Twitter, Google dan sebagainya, itu matlamat kita,” katanya.

Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial yang bermula hari ini menampilkan personaliti dan penulis blog terkenal dari seluruh dunia seperti Sophie Bell, Freda Liu, Meera Muhunthan, Stephen Doss, Anton Diaz, Rob Lee, Praval Singh, Kiruba Shankar, Nick Tan, Wan Hou Yin dan banyak lagi.

Kebanyakan penceramah ini bukan sahaja dari Malaysia malah jemputan juga dari India, Singapura, Filipina, Australia, Arab Saudi, Vietnam, Amerika Syarikat (AS).

Antara topik yang bakal dibincangkan ketika sidang kemuncak adalah penulisan blog, pemasaran, menjana pendapatan menerusi media sosial dan juga hala tuju industri aplikasi.

MalaysiaGazette merupakan Rakan Media Dalam Talian untuk MSMW. – Malaysia Gazette