Jho Low
Low Taek Jho

PUTRAJAYA – Low Taek Jho, individu paling dikehendaki berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development (1MDB) dipercayai berada di Macau selepas meninggalkan Hong Kong.

“Saya tidak pasti statusnya tetapi maklumat terbaharu beliau (Jho Low) berada di Macau,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ahli perniagaan itu dipercayai sempat melarikan diri ketika ketibaan polis Malaysia yang diarah ke Hong Kong bagi menjejaki dan menyoal siasatnya.

“Kita ada menghantar pasukan kita ke Hong Kong, apabila mereka tiba, dia meninggalkan Hong Kong,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Kementerian Dalam Negeri hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast