Pelantikan 10 ahli politik sebagai Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) tidak seharusnya dipolemikkan menjadi isu besar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Pelantikan 10 ahli politik sebagai Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) tidak seharusnya dipolemikkan menjadi isu besar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

PUTRAJAYA – Pembahagian kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi adalah berdasarkan populasi sesebuah negara dan tidak melibatkan hal politik, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Katanya setiap tahun Malaysia akan diperuntukkan sekitar 30,000 kuota haji atau 0.01 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang diputuskan kerajaan Arab Saudi mengikut populasi sesebuah negara.

“Sebenarnya kuota haji memang sekitar 30,000 setiap tahun, tahun ini 30,200 dan jumlah itu akan berkurang atau lebih sikit setiap tahun tapi masih dalam lingkungan 30,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 dan Graduasi Felo Muda Dakwah (FMD) di sini hari ini.

Semalam, Tabung Haji (TH) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan kuota haji rasmi Malaysia pada musim ibadah berkenaan tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sebaliknya, kuota haji rasmi negara kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu.

Dalam pada itu, mengenai kes kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi yang dijumpai mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya Fuziah berkata perkara itu sesuatu yang tragis kerana ibu mangsa terpaksa memilih penjaga berkenaan tanpa mengetahui latar belakang dan tahap kesihatan mentalnya.

Mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, beliau menggesa agar semua agensi di bawah hal ehwal agama untuk meneliti keperluan dalam menyediakan tempat asuhan kanak-kanak untuk para pekerja di tempat mereka.

“Kita tidak mahu melihat mereka juga terpaksa melalui apa yang dilalui oleh ibu bapa Adam Rayqal dan itu komitmen kita,” katanya.

— BERNAMA