Wang Jian. foto SCMP

PROVENCE – Seorang pengasas bersama dan pengerusi syarikat konglomerat HNA Group maut selepas terjatuh di selatan Perancis di sini.

Wang Jian, 57, telah memanjat platform yang tinggi  di sebuah bangunan untuk mengambil gambar pemandangan perkampungan Bonnieux.

Paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan kecemasan gagal menyelamatnya.

Wang menerajui antara syarikat terbesar di dunia dengan memiliki aset-aset dalam sektor penerbangan, pelancongan dan kewangan.

Kumpulan itu memiliki kepentingan dalam Deutsche Bank, hotel Hilton dan bangunan pencakar langit di London serta mempunyai kakitangan lebih daripada 400,000 di seluruh dunia.

Polis berkata, Wang adalah dalam kumpulan 10 orang pelancong yang melawat Bonnieux, sebuah kawasan perkampungan yang mempunyai tarikan tersendiri.

Mangsa telah menaiki bahagian atas sebuah gereja dan berdiri di atas sebuah platform untuk mengambil gambar.

Beliau terjatuh pada paras ketinggian 12 meter ketika mengajak keluarganya untuk gambar bersama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast