Haqiem Rusli menangis pada sidang media untuk memohon maaf atas gimik berhenti menyanyi yang tidak menyanyi.
Haqiem Rusli menangis pada sidang media untuk memohon maaf atas gimik berhenti menyanyi yang tidak menyanyi.

KUALA LUMPUR – Gara-gara membuat gimik murahan merancang untuk berhenti menyanyi dan mendakwa dirinya mengalami kemurungan namun menafikannya pada rakaman sebuah program radio baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli akhirnya tampil memohon maaf.

Pada sidang media yang diadakan semalam, pelantun lagu Tergantung Sepi ini mengakui dia tersalah menggunakan perkataan ‘depresi’ bagi merujuk masalah yang dialaminya sebelum ini.

Bagaimanapun pemuda berusia 20 tahun ini mendedahkan berkemungkinan megalami ‘mild depression’ sahaja. Dia turut mengesahkan sudah mengalami masalah insomnia, kerja berlebihan dan penurunan berat badan sejak setahun lalu.

Pun begitu, Haqiem berkata masalah itu hanya andaiannya sahaja kerana belum bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan pengesahan.

“Saya telah salah guna perkataan, saya akui saya bukan orang yang bijak. Saya hanya lulusan SPM.

“Saya rasa saya ada ‘mild depresion’, itu pun selepas bertanya dengan beberapa rakan yang pernah mengalaminya. Saya mengalami insomnia, tekanan kerana kerja yang berlebihan dan berat badan yang tidak menentu.

“Saya mohon maaf atas perkara yang berlaku dan berharap semua pihak serta seluruh Malaysia boleh memberi saya peluang kedua agar saya dapat meneruskan teruskan kerjaya seni saya,” katanya.

Haqiem juga berjanji akan bertemu dengan pakar bagi mendapat maklumat lanjut sama ada dia benar-benar menghadapi kemurungan atau pun tidak.

Dalam masa sama, Haqiem menafikan isu tersebut ditimbulkan sebagai gimik kepada pelancaran lagu terbarunya, Selamat Tinggal Sayang.

“Kelemahan saya adalah tidak fikir dan isu ini boleh jadi sekeruh ini sehingga menyebabkan ramai marah dan menganggap ia satu gimik.

“Ini bukan gimik, terpulang kepada semua nak tafsirkannya sebab sejujurnya saya memang ada ‘mild depression’,” katanya.

Haqiem turut memohon semua peminatnya agar berhenti menghentam media dan artis lain yang mengkritik tindakan luar jangkanya sejak isu ini timbul. – MalaysiaGazette