Anggota tentera Thailand membersihkan kawasan gua dalam usaha mengeluarkan 13 orang mangsa yang terperangkap. foto BBC

BANGKOK – Kumpulan penyelamat mempunyai mempunyai sekurang-kurangnya tiga hari lagi untuk mengeluarkan kesemua 13 orang yang terperangkap dalam Gua Tham Luang sejak dua minggu lagi.

Ketua pasukan penyelamat, Narongsak Osottanakorn berkata, situasi sekarang adalah terbaik.

Bagaimanapun, pihaknya masih bimbang jika hujan monson turun akan menyukarkan lagi usaha menyelamat.

Seramai 12 orang pelajar dan seorang jurulatih bola sepak terperangkap dalam gua berkenaan sejak 23 Jun lalu.

Buat masa sekarang, pasukan penyelam berada di tempat kejadian untuk membekalkan makanan, oksigen dan bantuan perubatan.

Usaha menyelamatkan 13 mangsa itu disertai oleh pasukan antarabangsa.

“Sekarang dan dalam tempoh tiga hingga empat hari hari keadaan sangat terbaik (untuk menyelamat) mengambil kira cuaca dan kesihatan mereka yang terperangkap,” kata Gabenor Chiang Rai itu.

Nemun, hujan lebat berlaku malam tadi dan setakat ini tidak jelas sama ada ia telah menjejaskan pelan asal. – MalaysiaGazette