Mike Pompeo. foto Agensi

PYONGYANG – Korea Utara mendakwa Amerika Syarikat menggunakan taktik “seperti gengster” dalam usahanya ke arah pelucutan senjata nuklear selepas rundingan pada peringkat tertinggi di Singapura baru-baru ini.

Pandangan Pyongyang terhadap Amerika Syarikat itu amat merisaukan.

Kenyataan itu, oleh pegawai kementerian luar sungguh berbeza berbanding yang dibuat oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo beberapa jam sebelum itu.

Pompeo berkata, progres penghapusan senjata nuklear itu berjalan dengan baik yang mengadakan lawatan dua hari ke Korea Utara.

Ia merupakan lawatan pertamanya ke Korea Utara selepas pertemuan Donald Trump dan Kim Jong-un di Singapura.

Jong-un telah menyatakan komitmen untuk pelucutan senjata nuklear tetapi perincian dan bagaimana ia akan dilakukan masih menjadi tanda tanya.

Matlamat utama Pompeo semasa lawatannya adalah untuk menegaskan komitmen Korea Utara ke arah penghapusan senjata nuklear.

Tetapi kenyataan Korea Utara, yang dipetik oleh agensi berita KCNA berkata, tindakan Amerika Syarikat bertentangan dengan semangat sidang kemuncak itu dengan meletakkan tekanan kepada Pyongyang.

“Kami telah menjangkakan pasukan AS akan datang dengan idea konstruktif, beranggapan kami akan melaksanakan sesuatu sebagai balasan,” kata kenyataan Korea Utara itu sambil memberi amaran “resolusi untuk pelucutan senjata nuklear … mungkin terbatal”.

“Amerika Syarikat secara fizikalnya tersilap jika ia melebihi tahap memaksa (Korea Utara) untuk menerima, kurang sabar, membuat tuntutan seperti gengster,” tambahnya. – MalaysiaGazette