Gambar Maedeh Hojabr

TEHERAN – Wanita warganegara Iran, Maedeh Hojabri yang memuat naik video menari dia di laman Instagram ditangkap oleh pihak polis di negara berkenaan.

Kerajaan Iran berbuat demikian kerana mereka mempunyai peraturan yang ketat untuk mengawal pakaian wanita di mana mereka dilarang berpakaian senonoh di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun, pengguna media sosial turut menunjukan bantahan terhadap tindakan kerajaan dengan kongsi video dia bersama mesej yang menyokong Hojabri, menggunakan hashtags sebagai #dancing_isn’t_a_crime.

Video tarian Hojabri yang dirakam di rumahnya menunjukkan dia tidak menutup aurat dan tidak bertudung.

Wanita tersebut dikatakan telah mengumpulkan ribuan pengikut di Instagram dengan video menarinya bagi lagu Iran Barat serta muzik pop.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast